Jabatan Perhutanan Negeri Kedah bertanggungjawab dalam pengurusan, pemuliharaan, dan pemeliharaan sumber hutan di Negeri Kedah. Kami komited untuk memastikan sumber hutan yang kaya di negeri ini dikekalkan dan digunakan secara lestari demi kesejahteraan generasi masa depan.
VISI
Untuk menjadi agensi terunggul dalam pengurusan Hutan Tropika Secara Berkekalan.
MISI
Untuk mengurus dan membangunkan sumber hutan secara berkekalan serta mengoptimumkan sumbangnya kepada pembangunan sosio-ekonomi negara.
Berdasarkan takrifan Hutan Simpanan Kekal dalam Seksyen 2(1) Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) adalah sepertimana berikut:
“hutan simpanan kekal” ertinya mana-mana tanah yang dijadikan atau disifatkan telah dijadikan suatu hutan simpanan kekal di bawah Akta ini;”
Taman Negeri Ulu Muda merupakan salah satu kawasan hutan simpan terbesar di Malaysia dan merangkumi 160,000 hektar hutan hujan tropika
Bukit Fakir Terbang adalah salah satu puncak yang terletak di dalam kawasan Taman Negeri Ulu Muda. Bukit Fakir Terbang ini berada pada ketinggian sekitar 450 meter dari paras laut.
Gunung Jerai, juga dikenali sebagai Puncak Kedah, adalah sebuah gunung yang terletak di negeri Kedah dengan ketinggian sekitar 1,217 meter dari paras laut.
Gunung Bintang adalah puncak tertinggi dalam Banjaran Bintang yang terletak di utara Semenanjung Malaysia dengan ketinggian sekitar 1,862 meter dari paras laut.
Bukit Batu Merah yang berada di Kuala Nerang,Kedah yang dikelilingi oleh hutan hujan tropika yang kaya dengan pelbagai tumbuhan dan haiwan serta pemandangan yang indah
Jeti Kilim di kawasan Kilim Karst Geoforest Park merupakan salah satu tarikan utama di Langkawi dan merupakan Geopark pertama di Asia Tenggara yang diiktiraf oleh UNESCO.
Jeti Kubang Badak terletak di bahagian barat daya Pulau Langkawi.Kawasan ini terkenal sebagai lokasi ekopelancongan yang menawarkan pelbagai aktiviti yang menarik
Gunung Machinchang adalah salah satu puncak tertinggi di Langkawi dengan ketinggian 893 meter dari paras laut.Gunung ini adalah destinasi popular kerana keindahan semula jadinya.
Lubuk Semilang terletak di kawasan utara Pulau Langkawi. Tempat ini terkenal dengan suasana semula jadi yang tenang, menjadikannya tempat yang ideal untuk aktiviti santai dan rekreasi.
Air Terjun Lebai Husin adalah salah satu destinasi alam semula jadi yang terletak di daerah Yan.Ia merupakan tempat yang popular dalam kalangan pelancong yang mencari keindahan semula jadi.
Pulau Bidan adalah salah satu pulau kecil yang terletak di negeri Kedah. Ia berada di kawasan laut yang berdekatan dengan daratan utama Kedah dan terkenal dengan keindahanya yang tersendiri
Pulau Songsong adalah sebuah pulau kecil yang terletak di perairan Yan.Pulau ini semakin popular sebagai destinasi pelancongan, terutama dalam kalangan penduduk tempatan