PIAGAM PELANGGAN
JABATAN PERHUTANAN NEGERI KEDAH
1
PERMOHONAN
Semua permohonan untuk mengeluarkan hasil-hasil hutan atau menjalankan kilang berasaskan kayu akan diproses mengikut prosedur yang telah ditetapkan
2
HASIL HUTAN
Lesen-lesen untuk mengeluarkan hasil hutan akan dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi enam (6) bulan dari tarikh kelulusan diberi, setelah semua syarat kelulusan dipatuhi
3
KILANG BERASASKAN KAYU
Lesen untuk menjalankan kilang berasaskan kayu akan dikeluarkan dalm tempoh masa tidak melebihi satu (1) bulan dari tarikh siap kilang dibina setelah memenuhi semua syarat kelulusan
4
KEPUTUSAN
Keputusan mengenai permohonan melanjutkan tempoh lesen mengeluarkan hasil hutan atau lesen menjalankan kilang berasaskan kayu akan diberi dalam tempoh tidak melebihi satu (1) bulan dari tarikh permohonan diterima
5
MAKLUM BALAS
Menghargai maklumat serta maklumbalas yang diterima dari orang awam. Semua aduan kesalahan hutan akan diambil tindakan dalam masa tidak melebihi tiga (3) hari
6
PERKHIDMATAN
Memberi perkhidmatan yang sebaik mungkin serta layanan yang mesra.