MENGENAI KAMI
JABATAN PERHUTANAN NEGERI KEDAH
FUNGSI JPNK
Menasihat Pihak Berkuasa Negeri dalam pentadbiran sumber hutan untuk penghasilan pendapatan yang optimum
Bertindak sebagai agensi pelaksana dasar-dasar dan penguatkuasaan undang-undang perhutanan
Mengurus sumber hutan sejajar dengan konsep pengurusan secara berkekalan.
OBJEKTIF
Sumber Hutan Negara
Untuk menguruskan sumber hutan negara secara berkekalan bagi pengeluaran berterusan hasil dan perkhidmatan hutan serta penggunaannya secara optimum bersesuaian dengan keperluan alam sekitar
Pembangunan Teknologi
Untuk terus membangunkan teknologi mantap yang bersesuaian dengan keperluan alam sekitar bagi pemeliharaan, pengurusan dan penggunaan sumber hutan
Bekalan Hasil & Perkhidmatan
Untuk meningkatkan bekalan hasil dan perkhidmatan hutan melalui aktiviti-aktiviti perhutanan bersesuaian yang akan meningkatkan kualiti, produktiviti serta penggunaan sumber hutan
Pemeliharaan & Perlindungan
Untuk memelihara dan melindungi kepelbagaian biologi hutan, air dan tanah serta penggunaannya secara berkekalan
Kualiti & Kecekapan
Untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan kilang-kilang pemprosesan berasaskan keluaran hutan serta menambah aktiviti-aktiviti hiliran dengan nilai tambah yang tinggi