Jawapan: Bagi permohonan permit memasuki HSK (kawasan pendakian) bagi aktiviti rekreasi sahaja, tuan/puan boleh memohon permit memasuki HSK melalui sistem iForest dan boleh melaksanakan pembayaran secara atas talian.
Namun begitu, bagi kawasan selain dari kawasan rekreasi dan atas tujuan berbeza pihak tuan/puan perlu memohon permit memasuki HSK di Pejabat Hutan Daerah (PHD) yang berhampiran dengan kawasan permohonan secara manual serta melaksanakan kaedah pembayaran melalui cek syarikat, bank draf atau debit card sahaja.
Jawapan: Tuan/puan boleh menghantar surat permohonan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) beserta maklumat seperti berikut:
- Nama penuh;
- Kad Pengenalan;
- Telefon; dan
- Kawasan gerai yang ingin disewa.
Jawapan: RM 50/sebulan
Jawapan: Tuan/puan perlu menghantar surat permohonan, kertas kerja berserta pelan kawasan (pelan perlu dibeli di JPNK) kepada JPNK untuk diproses.
Jawapan: Ya, kawasan TER Lata Bayu telah disyaki mempunyai virus penyakit kencing tikus dan pihak JPNK masih menunggu hasil siasatan air serta tanah daripada pihak Pejabat Kesihatan Daerah Baling.
Jawapan: Untuk makluman, kawasan – kawasan rekreasi ini sentiasa berpotensi berlakunya fenomena kepala air, tanah runtuh dan juga virus kencing tikus. Namun begitu, tuan/puan perlu peka dan patuh kepada arahan yang dikeluarkan oleh pihak JPNK dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, JPNK akan mengeluarkan arahan penutupan semua kawasan HSK ketika musim tengkujuh untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.
Jawapan: Tuan/puan perlu menghantar surat permohonan kepada JPNK untuk tindakan selanjutnya.