1. Bagaimana cara untuk memohon permit memasuki hutan simpanan kekal (HSK)?

Jawapan: Bagi permohonan permit memasuki HSK (kawasan pendakian) bagi aktiviti rekreasi sahaja, tuan/puan boleh memohon permit memasuki HSK melalui sistem iForest dan boleh melaksanakan pembayaran secara atas talian.

Namun begitu, bagi kawasan selain dari kawasan rekreasi dan atas tujuan berbeza pihak tuan/puan perlu memohon permit memasuki HSK di Pejabat Hutan Daerah (PHD) yang berhampiran dengan kawasan permohonan secara manual serta melaksanakan kaedah pembayaran melalui cek syarikat, bank draf atau debit card sahaja.